Mesyuarat Agung Pertubuhan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang Kali-3

4/06/2015 12:36:00 pm 0 Comments

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah pada 28/02/2015 yang lepas telah selamat berlangsungnya satu Mesyuarat Agung Tahunan untuk Pertubuhan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA) Kali Ke-3 di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam bermula pada jam 2000.



Kehadiran bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (Sepintar) bermula pada jam 1800 dimulakan proses pendaftaran alumni dan agihan makan malam untuk setiap seorang. Dan dengan laungan azan yang berkumandang pada waktu maghrib disusuli dengan solat maghrib berjemaah bersama jemaah masjid.

Dan sekitar jam 2015 mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengerusi AIRA untuk sesi 204/15, Saudara Nor Amin bin Ab Hamid yang berterima kasih di atas sokongan dan kehadiran setiap seorang bekas pelajar ke mesyuarat agung kali ini. Diteruskan oleh Tuan Pengerusi adalah pengesahan untuk minit Mesyuarat Agung AIRA Kali ke-2 yang lalu.



Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan bagi tahun sebelumnya oleh Penolong Bendahari 1 Saudara Akmal Arif. Beliau menjelaskan untuk penggal 2014/15 jumlah wang yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM6,969 dan jumlah wang yang dibelanjakan adalah sebanyak RM6,361 dan terdapat lebihan wang sebanyak RM608.



Dan kemudian disambung pula pembentangan program sepanjang tahun lepas oleh Tuan Presiden di atas ketidakhadiran AJK Program, Saudari Nani. Beliau menjelaskan sebanyak X program telah dijayakan sama ada secara sendiri oleh AIRA atau berkolabrasi dengan pihak sekolah, PIBG mahupun pihak luar. Antara program yang telah berjaya diadakan sepanjang tahun lepas adalah

  • Kejohanan Futsal Interbatch AIRA
  • High Tea Amal Sepintar 2014
  • Majlis Berbuka Puasa Alumni
  • Program Amal Mewarna Batik Bersama WHOA!
  • Seminar Hala Tuju Selepas SPM.

Kemudian diteruskan pula dengan sesi soal jawab untuk sebarang isu berbangkit. Secara konklusi antara perkara berbangkit yang dibincangkan pada AGM adalah seperti berikut......




Usai perbincangan untuk sebarang isu berbangkit adalah perletakan jawatan AJK untuk sesi 2014/15 dan disusuli dengan perlantikan AJK untuk sesi 2015/17. Dan secara ringkas berikut adalah Ahli Jawatankuasa untuk Sesi 2015/17 hasil undian ahli pada malam tersebut.

Selesai dengan perlantikan jawatan AJK untuk Sesi 2015/17 maka berakhir sudah segala agenda untuk malam AGM ini dan ditutupi dengan sesi bergambar.



Diharapkan dengan perlantikan AJK baru ini akan memberi idea yang segar dalam membawa AIRA sebagai satu alumni SBP yang lebih mampan dan jitu. Diharapkan untuk semua bekas pelajar Sepintar dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada AIRA untuk sama-sama kita memperkasakan AIRA. InsyaAllah.

Kembali Berbakti dan Berkhidmat

Ahmad Hafizzudin bin Nordin
Webmaster AIRA
SPM05

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: