#JEJAKALUMNI MINGGU 7: Nurul Aqilah Azmi (SPM06)

7/02/2015 12:23:00 am , 0 Comments



Assalamualaikum wbt.


Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi telah diperkenalkan oleh Tan Sri Musa bin Muhammad pada penghujung tahun 2002 dan empat buah SMKA telah dinaiktaraf menjadi SBP. Dan di sinilah bermulanya sejarah SBPI Rawang dimana, sekolah telah dibuka secara rasmi pada tahun 2002 nama awalnya SMKA Rawang. Kemudian dinaik taraf menjadi sekolah berasrama penuh dengan nama SMAP Rawang. Tidak lama kemudian, nama sekolah ditukar sekali lagi menjadi SBPI Rawang dan ia kekal sehingga kini. Memandangkan sekolah ini adalah sekolah berasrama penuh, maka pengambilan pelajar dibuka untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja. Dan sebagai permulaan, pada tahun 2002, hanya tingkatan 1 sahaja yang diambil. Oleh itu, bangunan sekolah yang agak besar itu hanya didiami lebih kurang seratus pelajar sahaja. Pelajar-pelajar awal yang merasmikan sekolah ini boleh dikatakan adalah antara pelajar yang banyak meninggalkan sejarah buat Sepintar.

Personaliti #JEJAKALUMNI pada minggu ini ialah salah seorang daripada mereka yang wajar dipanggil batch Pioneer untuk Sepintar iaitu saudari Nurul Aqilah binti Azmi. Dan sebelum bercerita dengan lebih lanjut mengenai diri beliau, mari kita lihat terlebih dahulu gambar-gambar yang dikirim oleh beliau. Pasti akan membangkitkan kenangan-kenangan batch pertama ini.

Comel masing-masing bersama arwah Ustazah Fauziah dan Cikgu Kasmawati


Aqilah dan rakan di dewan Al-aqsa

Kadet Polis di dataran Raudhah

siapa yang masih single dalam gambar ini?

Rumah Hijau pantang kalah..Yeahh!!

tangga menuju masjid AlQadisiyyah

Pelajar lelaki bersama arwah Ustaz Fathurrahman dan isterinya

Riadah di waktu petang

musim SPM ?? 

Dan jika melihat bagaimana mereka berkumpul bersama setiap kali ada majlis perkahwinan, wajar dikatakan persahabatan mereka tiada siapa yang mampu pertikaikan kerana sehingga kini mereka masih bersama. Malah batch ini jugalah yang paling banyak bertemu jodoh sesama mereka dan melengkapkan sepasangan suami isteri dari Sepintar. Sudah puas menggamit memori, mari kita kenali pula pengirim gambar-gambar tersebut.

Nama penuh
:
Nurul Aqilah Binti Azmi



Nama Panggilan di Sepintar
:
Aqilah / Qill



Asal
:
Kuala Lumpur



Tarikh lahir
:
19 Jan 1989

Tahun masuk Sepintar/ tahun meninggalkan Sepintar
:
2002/2006



Jawatan di Sepintar
:
Pemimpin Pelajar



Kelas/dorm/ rumah sukan
:
Macam-macam kelas/macam-macam dorm/one and only Rumah Hijau (Emerald)



Status
:
Berkahwin



Jawatan Kerja
:
Eksekutif IT


Pada tahun 2002, saudari Aqilah telah dilantik untuk menjadi Ketua Aspuri. Pada waktu itu, beliaulah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakan-rakan sebayanya. Ketika mereka yang baru berusia 13 tahun tidak ada bimbingan dan jagaan daripada pelajar senior, beliaulah yang menjadi rakan dan juga menjadi kakak buat rakan-rakannya. Ramai yang tidak mengetahui bahawa saudari Aqilah adalah ketua aspuri pertama buat Sepintar sewaktu beliau tingkatan 1 dan beliau juga tidak gemar bercerita mengenai hal ini. Sehinggakan bekas adik dorm beliau sendiri yang sedorm dengannya selama 3 tahun juga tidak mengetahui hakikat ini. Personalitinya yang rendah diri dan sempoi bersahaja amat disenangi oleh para junior,senior dan rakan-rakannya. 


Qill bersama suaminya Fuad

Beliau merindui segala kenangan yang tercipta di Sepintar. Ini kata beliau,

"Semua cikgu-cikgu yang ada bersama selama 5 thn sejak masuk sepintar.
Kawan-kawan sebatch. Walaupun skg masih still keep in touch dan juga dapat berjumpa tapi rindu nak ke mana-mana mesti bersama contoh nak pergi makan kat DM pun berkumpul depan aspuri dulu.  Pastu main selipar kat dataran raudhah
Kawan-kawan dari batch lain yang gila-gila made those days merrier"

Siapa tak kenal mereka? Ramai-ramai kumpul depan aspuri hingga kadangkala menjadikan depan aspuri sesak. Bukan itu sahaja, jeritan nama rakan-rakan mereka yang lambat keluar aspuri sudah cukup menjadi tanda bahawa dewan makan sudah dibuka. Tidak perlu bunyi loceng daripada dewan makan. Semua itu sudah menjadi nostalgia. 

Kenangan yang paling bermakna baginya ialah sekolah itu sendiri. Tambah beliau, 
"We witnessed everything of sepintar since day one. jadi first batch sepintar. Bila tgk balik gambar-gambar lama just gave me goosebumps. Terpikir mcm mana boleh hidup kat sekolah yang tak pernah dihuni sesiapa sebelum ni. We only have each other (friends). Living a teenage life berjauhan dari family tetapi dijaga oleh cikgu-cikgu. We have struggled and learned things in a hard way but that’s how we survived."

Seram juga jika difikirkan hakikat ini. Siapa yang sanggup menghuni bangunan yang besar tanpa ibu bapa, hanya ditemani rakan sebaya dan guru ketika usia 13 tahun. Tapi benar katanya, itulah cara mereka mematangkan diri. 

Saudari Aqilah telah melanjutkan pengajiannya di Matrikulasi Johor dan seterusnya ke UKM dalam bidang Information Technology. Akhir kata dan sedikit nasihat buat adik-adik di Sepintar dari beliau 

"Jangan hina nasib orang, masa depan kita sendiri belum tahu lagi " 

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: