Showing posts with label 2012. Show all posts

Sejarah Penubuhan Pertubuhan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA)

 Seperti yang sedia maklum, kebanyakan sekolah berasrama di Malaysia mempunyai pertubuhan Alumni yang tersendiri yang berfungsi sebagai satu badan yang berkerjasama erat dengan pihak sekolah demi kebaikan pelajar, sekolah dan ahli alumni itu sendiri. Lihat saja bagaimana alumni sekolah premier itu berfungsi, cukup teguh di belakang sekolah dalam memastikan prasarana, kebajikan dan khidmat terbaik dinikmati oleh para pelajar sekolah berkenaan.

Selain daripada itu, di kalangan bekas pelajar sendiri, Alumni juga menjadi satu badan untuk bekas pelajar berkumpul kembali dan pada masa yang sama bertindak sebagai medium untuk berkongsi sebarang berita, peluang pekerjaan, peluang perniagaan mahupun berita kematian. Dan pada hari ini, pertubuhan alumni juga merupakan satu syarat untuk sesebuah sekolah itu untuk diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasti Tinggi.

 Di atas kesedaran tentang betapa pentingnya untuk sesebuah sekolah itu mempunyai sokongan Alumni, pada tarikh 03/03/2012 telah menandakan satu titik mula untuk penubuhan alumni bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (Sepintar). Mesyuarat yang berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Sepintar. Kehadiran adalah dari pihak sekolah sebagai penasihat dan untuk kalangan bekas pelajar pula terdiri daripada batch SPM04, SPM05 dan SPM06. Keputusan dari mesyuarat ini adalah bersetuju untuk membentuk satu Ahli Jawatan Kuasa Penaja bagi tujuan penubuhan alumni.


Dan bertitik tolak dari penubuhan AJK Penaja, telah diadakan beberapa siri mesyuarat untuk merealisasikan penubuhan alumni.


Dan alhamdulillah, pada tarikh 15/10/2012 Pertubuhan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor (AIRA) telah ditubuhkan secara rasmi dengan bernombor pendaftaran PPM-038-10-15102012

Kembali berbakti dan berkhidmat
Ahmad Hafizzudin bin Nordin
SPM05

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja

Mesyuarat pertama penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni SEPINTAR
Tarikh: 03.03.2012
Tempat: Bilik Mesyuarat SEPINTAR

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja selepas penubuhan AIRA diluluskan
Tarikh: 13.11.2012
Tempat: The Coffee Bean, KLCC