#JEJAKALUMNI MINGGU 8 : Sakinah Mohd Kamil (SPM05)

12/18/2015 04:44:00 pm 0 Comments

Asssalamualaikum wbt.

Personaliti kita pada minggu ini adalah Sakinah Kamil , atau lebih mesra dengan panggilan Kinah.  Beliau terkenal dengan sifat amanah dan tegas sinonim dengan jawatan yang dipegang iaitu Bendahari sekolah dan asrama. Walaubagaimanapun, terselit sifat kelembutan disebalik ketegasannya itu.



Selain daripada itu , beliau juga terkenal sebagai pelajar yang amat mementingkan pelajaran dan sangat menjaga hubungan baik dengan guru-guru di Sepintar.  Antara perkara yang paling dirindui oleh beliau adalah leteran CIkgu Marlina yang bisa menggegarkan hati dan jantung. Sehingga sekarang masih terngiang-ngiang di telinga, ujarnya.

Mari kita kenali serba sedikit tentang latar belakang beliau : 

-  Nama penuh                          : SAKINAH MOHD KAMIL
- Nama panggilan di Sepintar : KINAH
- Asal                                         : Selangor
- Tarikh Lahir                          : 14 Mac 1988
- Batch Sepintar                       : 2004/2005
- Jawatan di Sepintar              : Bendahari sekolah/asrama
- Kelas/Dorm/Rumah sukan   : 4JM-5 JF / Biru1- Exco / Biru
- Status                                      : Berkahwin
- Kerja                                       : Pegawai perubatan siswazah


Bagi kinah, kenangan yang paling tidak dilupakan adalah apabila beliau bersama-sama rakan setingkatan yang lain berkesempatan melawat ke beberapa perintis sekolah berasrama penuh untuk saling bertukar-tukar dan berkongsi idea dan pengalaman. Sesungguhnya banyak ilmu dapat dipelajari ketika itu.

Pasca SPM , beliau menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Kaherah , Mesir selepas membuat persediaan di INTEC. Kini , beliau sudah pun mendirikan rumah tangga dan merupakan pegawai perubatan siswazah di Hospital Kajang.




"Sekolah bukanlah semata-mata tempat untuk menuntut ilmu tetapi merupakan tapak untuk membentuk akhlak, pemikiran dan jati diri. Kutiplah segala mutiara di sepanjang perjalanan adik-adik, mudah-mudahan menjadi petunjuk untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan. Perbaharui niat setiap hari, lazimi doa untuk setiap perbuatan, berdisiplin dengan solat di awal waktu, hormati guru dan berusaha sesungguh-sungguhnya dalam pelajaran. Iringi dengan tawakkal melangit tinggi dan mohon barakah dalam rezeki yang diberi. Semoga Allah memudahkan urusan dan merahmati perjalanan hidup adik-adik insyaallah."


airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: