#JEJAKALUMNI Minggu 9 : Ahmad Hafizzudin bin Nordin (SPM05)
Assalamualaikum wbt.
Untuk jejak alumni minggu ini , AIRA ingin membawa anda
semua untuk mengenali seorang insan yang diberi gelaran : K . Ringkas , bukan ? Begitu jugalah dengan
sifatnya yang ramah serta senang bergaul
dengan rakan-rakan yang lain. Beliau merupakan Exco Disiplin bagi tahun
2004/2005. Beliau mungkin ramah di mata rakan-rakannya tetapi menunjukkan
persona yang berbeza di hadapan junior-juniornya Sinonim dengan kedudukannya di
dalam barisan exco, beliau adalah seorang yang garang dan tegas dalam
menjalankan tugasnya.
Mari kita kenali beliau dengan lebih dekat lagi :
- Nama penuh : Ahmad Hafizzudin bin Nordin
-
Nama panggilan di Sepintar : K
-
Asal : Dungun, Terengganu
-
Tarikh lahir : 26 Disember 1988
-
Tahun masuk Sepintar/ tahun meninggalkan Sepintar : 2004 / 2005
-
Jawatan di Sepintar : Exco Disiplin
-
Kelas/dorm/ rumahsukan : 4JN&5JN/ H1 & Exco & M1/ Hijau
-
Status : Bujang
Walaubagaimanapun , K yang merupakan kaki futsal adalah
peminat tegar nasi goreng sambal tepi tiang di kantin sekolah yang ternyata
menjadi kegemaran pelajar yang lain jugak. Malah , itulah perkara yang paling
dirinduinya selepas tamat belajar. Bagi beliau, mendapat tawaran belajar di
Sepintar adalah perkara yang terbaik pernah berlaku terhadap dirinya
memandangkan inilah peluang pertama untuk beliau belajar berdikari di samping
dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang sekepala. Ukhuwwah yang alhamdulillah
masih bertahan hingga ke hari ini .
Selepas tamat SPM, K memilih untuk menyambung pelajaran
dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dan Proses di UITM , Shah Alam. Beliau kini
bekerja di Frontium Energy Sdn Bhd sebagai RBI Engineer.
Nasihat beliau untuk adik-adik :
Berjaya dalam hidup bukan sekadar tentang jumlah A dalam SPM atau berapa nilai CGPA di akhir pengajian, ia lebih pada bagaimana kita membawa dan menjaga diri dalam hidup. Tiada guna nampak berjaya secara lahiriah tapi dalamnya kosong.
Casino: 20 Casino Slot Machines - Mapyro
ReplyDeleteCasino Slot 남원 출장마사지 Machines 당진 출장샵 in Mapyro. Find your perfect 김해 출장마사지 location and get 태백 출장마사지 started! casino slots machines 광양 출장샵 in Mapyro Mapyro.