Showing posts with label SPM2013. Show all posts

Majlis Diskusi Halatuju Lepasan SPM


Assalamualaikum wbt Alhamdulillah sebentar tadi pada 5 April 2014, pihak AIRA telah berbesar hati untuk membiayai seramai 42 orang lepasan SPM 2013 untuk menghadiri ke satu program bertajuk "Diskusi Halatuju Lepasan SPM" anjuran Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID) yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.


Secara keseluruhannya program ini terbahagi kepada tiga sesi iaitu
  • Sesi pertama

    • Ilmu Bisnes dan CEO
    • Oleh Ustaz Zamri Zainuldin
  • Sesi kedua
    • Halatuju Lepas SPM dan Kerjaya
    • Dr Zaharuddin Abd Rahman
  • Sesi ketiga
    • Forum bertajuk Pemikir dan Dai'e yang Faqih
    • Panel oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil dan Xifu Nasser Abd Rahman




Diharapkan kepada setiap calon SPM 2013 yang menghadiri majlis ini dapat menimba ilmu dan pengalaman sebaik mungkin yang dikongsi oleh para panel dan penceramah jemputan. Dan berkongsi la setiap idea yang diperoleh pada majlis ini bersama rakan lain yang tidak berkesempatan menghadiri. InsyaAllah
Kembali Berbakti dan Berkhidmat
Ahmad Hafizzudin bin Nordin
SPM05

Keputusan SPM 2013

Assalamualaikum wbt

Pada tarikh 20 Mac 2013 merupakan tarikh yang ditunggu oleh calon-calon SPM 2013 di mana keputusan SPM 2013 diumumkan. Berikut merupakan ringkasan untuk keputusan SPM 2013 bagi SBPI Rawang.
  • Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dari 1.80 (2012) ke 1.69 (2013)
  • Seramai 33 calon mendapat keputusan straight A dari keseluruhan pelajar seramai 160 orang.
Tahniah untuk adik-adik calon SPM2013. Teruskan kecemerlangan dan didikan yang kalian terima di bumi Sepintar ke destinasi seterusnya. InsyaAllah.


  • Pelajar terbaik keseluruhan (Putera)

Saudara Abdul Hadi bin Azhar
  • Pelajar terbaik keseluruhan (Puteri)
Saudari Nur Huda binti Ashaari
Dan usah khuatir bagi mereka yang mungkin merasakan keputusan SPM tidak berapa memuaskan, ingatlah mungkin kejayaan kalian semua ditangguhkan di masa hadapan. Teruskan usaha dan jangan mudah mengalah. InsyaAllah.

-Ahmad Hafizzudin bin Nordin-