Pendaftaran Ahli AIRA

1/24/2013 10:14:00 am , 0 Comments

Pendaftaran untuk menjadi ahli AIRA telah dibuka!

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli, sila ikut langkah-langkah berikut:

1. Daftar diri anda secara online. Klik link dibawah
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEdCMThiaXd6Vmlsa19hdVdVc0hLRFE6MQ

2. Ketika mengisi borang, anda boleh membuat pilihan samada membayar kemudian atau membayar sebaik sahaja selesai mengisi borang. Akaun sementara AIRA akan dipaparkan.

3. Sediakan wang sebanyak RM70 (RM20-yuran pendaftaran, RM50-yuran tahunan) untuk dimasukkan ke akaun yang dipaparkan.

4. Anda akan diberikan nombor pendaftaran sebaik sahaja pembayaran dibuat.

5. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh lah menghantar komen anda di bawah post ini.

SELAMAT MENDAFTAR! 

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: