Keputusan SPM2014

3/04/2015 09:15:00 am 1 Comments

Assalamualaikum wbt 





Cukup untuk menggambarkan betapa gembira dan seronok untuk setiap seorang bekas pelajar SBPI Rawang ketika mengetahui tentang keputusan SPM2014. Sebab sudah menjadi lumrah untuk setiap seorang bekas pelajar sekolah berasrama untuk mengetahui dimanakah kedudukan bekas sekolah masing-masing dalam setiap peperiksaan besar. Dan untuk menumpang bangga untuk sehari itu walau bukan batch sendiri yang mengambil peperiksaan tersebut.

Dan semalam, 03 Mac 2015 merupakan satu hari yang amat menyeronokkan untuk setiap seorang bekas pelajar SBPI Rawang ketika mengetahui keputusan peperiksaan SPM 2014, di mana dengan Gred Purata Sekolah 1.44 telah melayakkan untuk SBPI Rawang menjadi

  • Sekolah terbaik keseluruhan negeri Selangor
  • Ketiga terbaik bagi keseluruhan Sekolah Berasrama Penuh
  • Ketujuh terbaik kebangsaan (info tidak rasmi setakat ditulis)
Batch Superb yakni batch yang kesepuluh SBPI Rawang mengambil peperiksaan SPM ini telah mencatatkan satu sejarah yang amat manis untuk dikongsi bersama ibu bapa, keluarga dan guru-guru.

Tahniah untuk setiap seorang calon SPM2014 Sepintar. Moga kejayaan hari ini akan membawa kepada lebih banyak kejayaan di masa hadapan nanti. InsyaAllah.


52 Calon SPM2014 yang mendapat keputusan semua A

Pelajar lelaki terbaik, Saudara Muhammad Nazaruddin bin Nazari 11A+


Pelajar perempuan terbaik; Saudari Nurul Izzati bin Mohd Noor 9A+

Wakil AIRA, Saudara Amir Ihsan

Kembali berbakti dan berkhidmat
Ahmad Hafizzudin bin Nordin
SPM05

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

1 comment: