#JEJAKALUMNI Minggu 9 : Ahmad Hafizzudin bin Nordin (SPM05)

12/18/2015 05:00:00 pm 1 Comments

Assalamualaikum wbt.



Untuk jejak alumni minggu ini , AIRA ingin membawa anda semua untuk mengenali seorang insan yang diberi gelaran : K .  Ringkas , bukan ? Begitu jugalah dengan sifatnya  yang ramah serta senang bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Beliau merupakan Exco Disiplin bagi tahun 2004/2005. Beliau mungkin ramah di mata rakan-rakannya tetapi menunjukkan persona yang berbeza di hadapan junior-juniornya Sinonim dengan kedudukannya di dalam barisan exco, beliau adalah seorang yang garang dan tegas dalam menjalankan tugasnya.

Mari kita kenali beliau dengan lebih dekat lagi :


-             Nama penuh : Ahmad Hafizzudin bin Nordin
-          Nama panggilan di Sepintar : K
-          Asal : Dungun, Terengganu
-          Tarikh lahir : 26 Disember 1988
-          Tahun masuk Sepintar/ tahun meninggalkan Sepintar : 2004 / 2005
-          Jawatan di Sepintar : Exco Disiplin
-          Kelas/dorm/ rumahsukan : 4JN&5JN/ H1 & Exco & M1/ Hijau
-          Status : Bujang




Walaubagaimanapun , K yang merupakan kaki futsal adalah peminat tegar nasi goreng sambal tepi tiang di kantin sekolah yang ternyata menjadi kegemaran pelajar yang lain jugak. Malah , itulah perkara yang paling dirinduinya selepas tamat belajar. Bagi beliau, mendapat tawaran belajar di Sepintar adalah perkara yang terbaik pernah berlaku terhadap dirinya memandangkan inilah peluang pertama untuk beliau belajar berdikari di samping dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang sekepala. Ukhuwwah yang alhamdulillah masih bertahan hingga ke hari ini .






Selepas tamat SPM, K memilih untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dan Proses di UITM , Shah Alam. Beliau kini bekerja di Frontium Energy Sdn Bhd sebagai RBI Engineer.


Nasihat beliau untuk adik-adik :

Berjaya dalam hidup bukan sekadar tentang jumlah A dalam SPM atau berapa nilai CGPA di akhir pengajian, ia lebih pada bagaimana kita membawa dan menjaga diri dalam hidup. Tiada guna nampak berjaya secara lahiriah tapi dalamnya kosong.

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

1 comment:

  1. Casino: 20 Casino Slot Machines - Mapyro
    Casino Slot 남원 출장마사지 Machines 당진 출장샵 in Mapyro. Find your perfect 김해 출장마사지 location and get 태백 출장마사지 started! casino slots machines 광양 출장샵 in Mapyro Mapyro.

    ReplyDelete