Majlis Hi Tea Perdana Amal SBPI Rawang 2014

5/07/2014 09:07:00 pm , , , , 0 Comments

Assalamualaikum wbt



Antara objektif kewujudan Pertubuhan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA) adalah sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai medium yang menghubungkan Sepintar, PIBG dan bekas pelajar. Secara tidak langsung AIRA juga bertindak sebagai penyelaras untuk sebarang khidmat bantuan yang mampu diberikan kepada pihak sekolah daripada bekas pelajar sekalian. Dan sehingga hari ini juga, para alumni sering tertanya-tanya bagaimanakah cara atau saluran terbaik untuk menyumbang kembali kepada sekolah lebih lagi jika ianya adalah sumbangan berbentuk kewangan.

Dan Sepintar sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, sentiasa berusaha untuk menambah baik prasarana sekolah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lepasan SPM yang jitu dan mampan peribadi dan intelektual. Atas usaha itu, pihak sekolah telah bercadang untuk membina sebuah "Learning Centre" untuk membantu dalam mencapai objektif tersebut.

Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan "Learning Centre" tersebut, pihak PIBG dan kerjasama AIRA akan menganjurkan satu majlis Hi Tea Perdana Amal dalam usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan "Learning Centre" tersebut pada


  • Tarikh : 15 Jun 2014
  • Lokasi : Dewan Al Aqsa, SBPI Rawang
  • Masa : 1400 - 1700
  • Penampilan istimewa : Kumpulan Raihan
  • Harga semeja : RM2000 [Gold, 10 kerusi], RM1000 [Silver, 8 kerusi]
Sebagai cadangan untuk menyumbang saya mengambil contoh satu meja untuk pakej silver.

Katakan satu batch mempunyai 130 orang pelajar dan harga meja tersebut adalah RM1000, adalah cukup untuk seorang bekas pelajar iru menyumbang hanya RM7.70 untuk membolehkan batch itu membeli satu meja atau erti kata lain menyumbang kembali kepada Sepintar. Bagi saya secara peribadi apa la sangat nilai itu jika dibandingkan dengan apa yang telah kita pelajari dalam hidup selama lima @ dua tahun di Sepintar :)

Dan jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan majlis ini boleh diajukan kepada kami di airasepintar@gmail.com ataupun mana-mana medium sosial AIRA.

Kembali berbakti dan berkhidmat
Ahmad Hafizzudin bin Nordin
SPM05

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: