Majlis Hi-Tea AIRA

2/12/2014 04:33:00 am , , 0 Comments




Assalamualaikum

Dengan rasa rendah diri kami pihak Jawatankuasa Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA) ingin menjemput saudara/saudari bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) untuk menghadiri Majlis Hi-Tea yang julung-julung kali diadakan.

Maklumat lanjut berkenaan dengan Majlis Hi-Tea ini adalah seperti berikut

Tarikh : 1 Mac 2014
 Masa : 1400 - 1700
 Tempat : Persada Kristal Hall, D'saji Restaurant & Cafe, Felda Villa KL, Anjung Felda, Off Jalan Semarak, 54000, Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu pihak Jawatankuasa Alumni Sekolah Berasarama Penuh Integrasi Rawang (AIRA) dengan hormatnya menjemput sekali lagi saudara/saudari bekas pelajar Sepintar untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) AIRA Kali ke-2 yang akan diadakan pada tarikh dan masa yang sama.

Diharapkan dengan kehadiran pihak saudara/saudari akan memeriahkan lagi Majlis Hi-Tea ini dan sama-sama dalam menyumbang idea untuk pergerakan AIRA yang lebih aktif di masa hadapan. Disamping untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita yang sudah terjalin semenjak di bumi Rawang lagi.

Terima kasih

"Kembali Berkhidmat dan Berbakti"





airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: