High Tea & AGM 2014

3/03/2014 11:34:00 pm , , 0 Comments

Assalamualaikum wbt


Selaras dengan Fasal 7: Mesyuarat Agung (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa. Maka oleh sebab itu pada 1 Mac 2014 yang lepas telah berlangsungnya satu Majlis High Tea dan Annual Grand Meeting bagi AIRA untuk kali ke dua.


Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dengan persediaan yang kurang dari sebulan untuk majlis ini sambil setiap seorang ahli AJK sesi 2013/14 terikat dengan komitmen keluarga dan kerjaya. Agenda utama untuk AGM ini adalah pembentangan aktiviti dan kewangan untuk sesi 2013/14, pembubaran AJK 2013/14 dan perlantikan AJK untuk sesi 2014/15.

Dan berikut adalah senarai AJK yang dilantik untuk sesi 2014/15


Pengerusi : Nor Amin bin Ab. Hamid; Batch 2005
Naib Pengerusi : Hafiz Huzaine bin Hasmil; Batch 2005
Setiausaha : Nurul Ain bt Azizan; Batch 2006
Naib Setiausaha : Siti Nur Aqilah bt Abdul Malek; Batch 2005
Bendahari : Hamidah Khairiyyah bt Abdul Rahman; Batch 2005
Penolong Bendahari 1 : Akmal Arif bin Jamilol Nasir; Batch 2008
Penolong Bendahari 2 : Muhammad Sufyan bin Abd Kadir; Batch 2007

Webmaster : Ahmad Hafizzudin bin Nordin; Batch 2005
PRO : Wan Najlin bin Wan Mohd Noh; Batch 2007
Pendaftaran : Natrah bt Ahmad Kamil; Batch 2005
Program : Noraini bt Jumahir; Batch 2007
Cenderahati :Amir Ihsan bin Ariffin; Batch 2007

Terima kasih diucapkan terlebih dahulu untuk AJK bagi sesi 2013/14 yang telah bertugas dan amatlah diharapkan dengan perlantikan AJK baru AIRA ini akan memacu AIRA untuk bergerak lebih proaktif dalam merancang aktiviti untuk setiap ahli alumni, dan juga untuk mempertingkatkan lagi hubungan baik yang sudah terjalin antara sekolah dan AIRA. InsyaAllah.

Dan adalah juga diharapkan untuk kami AJK mendapat sokongan dari setiap seorang ahli alumni dan jika terdapat sebarang komen untuk penambahbaikan AIRA maklumkan sahaja terus kepada kami. InsyaAllah.

"Kembali Berkhidmat dan Berbakti"
-Ahmad Hafizzudin-


airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: