Kejohanan Futsal Interbatch AIRA 2014

5/25/2014 08:39:00 pm , , , , 1 Comments

Assalamualaikum wbt

Bertempat di Forum 19, Petaling Jaya pada 24 Mei yang lepas telah selamat berlangsungnya satu kejohanan futsal yang julung kali diadakan iaitu "Kejohanan Futsal Interbatch AIRA 2014"


Kejohanan ini selain bertujuan untuk menyediakan platform bagi ahli alumni sekalian memperagakan aksi futsal yang pernuh bergaya, ia juga bertujuan untuk menjadi satu program yang menghimpunkan kembali bekas pelajar dari batch pertama yang keluar pada tahun 2004 hingga batch yang keluar pada tahun 2003. Dan untuk kejohanan ini yang julung-julung kali diadakan telah berjaya menarik sebanyak 11 team dari sembilan batch.
  • Abbas The Great - Batch SPM04
  • Huru Hara - Batch SPM05
  • Kaki Kayu - Batch SPM05
  • Brotherhood -  Batch SPM06
  • Abang-Abang Sembang - Batch SPM07
  • U.N.I.K - Batch SPM08
  • Brofist Phalanx - Batch SPM09
  • WE Santet FC - Batch SPM11
  • Elvez - Batch12
  • Elclasico - Batch12
  • Alif Wau Ya FC - Batch13
Alhamdulillah perjalanan kejohanan ini sangat lancar dengan mendapat kerjasama yang cukup padu dari setiap seorang peserta kejohanan. Dan dapat disaksikan disepanjang kejohanan ini juga permainan berlangsung dengan cukup serius namun bersahaja tapi penuh dengan aksi-aksi yang cukup mantap dari setiap pasukan yang beraksi.

Setelah berhempas pulas setiap pasukan yang beraksi akhirnya sebanyak empat pasukan yang terbaik telah layak untuk menempatkan diri di peringkat separuh akhir.

Brotherhood - SPM06

Abang-Abang Sembang - SPM07

Kaki Kayu - SPM05

Alif Wau Ya FC - SPM13
Di peringkat separuh akhir telah menemukan pasukan Brotherhood menentang Alif Wau Ya FC dan juga pasukan Kaki Kayu menentang Abang-Abang Sembang. Keputusan kedua-dua perlawanan ini telah memihak kepada Kaki Kayu yang akan menentang pasukan Alif Wau Ya FC di perlawanan akhir.

Dan dalam perlawanan akhir pasukan Kaki Kayu telah mengalahkan pasukan Alif Wau Ya FC dari batch SPM13 dengan jaringan 6 gol berbalas 2 gol. Corak permainan yang pantas yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir semalam cukup menghiburkan untuk ditonton oleh penonton semalam. Namun nyata usia dan pengalaman yang ada pada pasukan Kaki Kayu memberi sedikit kelebihan untuk mereka memenangi perlawanan semalam.

Dan dibantu juga dengan ketajaman Saudara Mursyid Aminudeen di hadapan pintu gol semalam juga banyak membantu untuk pasukan Kaki Kayu memperoleh kemenangan dan atas sebab itu beliau juga telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan semalam. Cukup mantap.

Pasukan Kaki Kayu bersama Pengerusi AIRA, Saudara Nor Amin
Dan melihat kepada sambutan yang menggalakkan dari setiap batch terhadap kejohanan futsal ini, maka adalah tidak mustahil untuk pihak AIRA menjadikan kejohanan ini sebagai satu acara wajib dalam aktiviti AIRA di masa akan datang.

Dan bagi pihak AIRA dan penganjur, memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kekurangan dari kami sepanjang menganjurkan kejohanan ini. Terima kasih.


airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

1 comment: