Mesyuarat Agung Tahunan AIRA Kali Ke-3

2/24/2015 12:33:00 am 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM wbt


 Panggilan khusus untuk kesemua bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) dari batch SPM2004 hingga SPM2014 untuk sama-sama menghadirkan diri ke

 Mesyuarat Agung Tahunan AIRA Kali Ke-3 
 Pada 28/2/2015 
 Bermula dari jam 1800 
 Di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 

Antara tentatif yang dirancang untuk mesyuarat ini adalah seperti berikut

  • Pembentangan laporan aktiviti sepanjang tahun 2014
  • Pembentangan laporan kewangan sepanjang tahun 2014
  • Pembubaran AJK untuk sesi tahun 2014
  • Perlantikan AJK baru untuk sesi 2015


Diharapkan dengan kehadiran dan sokongan dari kalian, bekas pelajar Sepintar akan sama-sama membantu untuk membawa AIRA ke satu tahap yang lebih baik. InsyaAllah.

p/s: Untuk memudahkan urusan bagi pihak kami, diharapkan bekas pelajar Sepintar yang ingin menghadiri mesyuarat ini dapat mendaftarkan diri di Borang AGM


airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: