SBP 10's 2015

4/25/2015 04:09:00 pm , 0 Comments

Assalamualaikum wbt. 

Pada 23-24 April 2015 pasukan ragbi SEPINTAR telah menyertai perlawanan ragbi SBP 10's peringkat kebangsaan yang bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pasukan ragbi SEPINTAR dikategorikan dalam kumpulan Divisyen 2. Turut sama dalam kumpulan tersebut ialah SMS Kuching, SMS Teluk Intan dan SMS Sultan Muhammad Jiwa.


bersedia sebelum perlawanan dimulakan
pasukan ragbi SEPINTAR 
 RIOBA hadir memberikan semangat dan sokongan


Pasukan Ragbi SEPINTAR telah berjaya memenangi 2 daripada 3 perlawanan kumpulan pada hari pertama. Keputusan adalah seperti berikut 

Sepintar (22) vs Semuji (0)
Sepintar (10) vs Sains Kuching (0)
Sepintar (0) - Semesti (12)



Pada hari ke-2, SEPINTAR berdepan dengan SMS Batu Pahat untuk perlawanan playoff Cup/Plate.  SEPINTAR telah tewas dalam perlawanan ini, namun begitu semangat kesukanan dan corak permainan yang ditunjukkan dalam perlawanan ini amat cemerlang.  

Wakil AIRA dan wakil RIOBA telah hadir pada kedua-dua hari sepanjang perlawanan diadakan untuk memberi semangat dan sokongan buat pasukan ragbi SEPINTAR.  

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SEPINTAR kerana telah berjaya merangkul gelaran JOHAN bagi kategori plate setelah menewaskan pasukan ragbi SMS Sultan Iskandar, Mersing dengan keputusan 12-0 
bersama guru bimbingan , Sir Azwan
mendapat JOHAN kategori plate
kemenangan disambut bersama alumni yang hadir pada hari ke 2
Semoga pasukan ragbi SEPINTAR akan terus cemerlang pada masa hadapan. Diharapkan kecemerlangan dalam bidang sukan seiring dengan kecemerlangan sebagai individu rabbani. 


airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: