#JEJAKALUMNI Minggu 1: Hamidah Khairiyyah Abd Rahman (SPM05)

5/07/2015 10:22:00 pm 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Penyayang, akhirnya projek #JEJAKALUMNI yang telah lama dirancang berjaya juga dimulakan. Maka adakah alumni semua telah bersedia untuk menceritakan kisah mereka? Beberapa alumni telah berjaya dijejaki, insyaAllah tiap satu darinya akan kami letakkan di slot ini. Ayuh lihat apakah yang alumni SEPINTAR lakukan.

Siapa ingat akan gambar ini? 
Ya betul! Ini gambar tahun 2005. Tertulis di gambar tersebut tarikh gambar ini diambil. 3/3/05. Sepuluh tahun sudah berlalu. Slot pertama #JEJAKALUMNI ini akan menceritakan tentang kisah seorang murid yang berada di barisan kedua paling kiri anda. Saudari HAMIDAH KHAIRIYYAH BT ABDUL RAHMAN. Mari kita lihat serba sedikit biodata diri beliau. 

Pn Hamidah Khairiyyah 10 tahun kemudian

  • Nama penuh : HAMIDAH KHAIRIYYAH BT ABDUL RAHMAN
  • Nama panggilan di Sepintar : HAMIDAH
  • Asal : SHAH ALAM, SELANGOR
  • Tarikh lahir : 25 MEI 1988
  • Tahun masuk Sepintar/ tahun meninggalkan sepintar : 2004/2005
  •  Kelas/dorm/ rumah sukan : 5 JN / MERAH 5/ Merah
  • Status :  BERKAHWIN
  • Kerjaya :  PERUNDING HARTATANAH / REAPFIELD PROPERTIES SHAH ALAM 


Bagi yang mengenali personaliti ini pastinya akui bahawa beliau adalah seorang yang baik, tidak pernah kedekut ilmu malah sangat meminati bidang matematik. Setelah berjaya mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam SPM tahun 2005, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Aktuari di Universiti Of Michigan. Kini beliau berkerja sebagai Perunding Hartanah di Syarikat Reapfield Properties Shah Alam. Beliau juga baru sahaja mendirikan rumah tangga pada awal Mei lalu. 

Beliau bersama pasangannya, sungguh cantik dalam persalinannya
Beliau yang telah 10 tahun meninggalkan bumi Sepintar akui bahawa perkara yang paling dirindui ketika di Sepintar ialah suasana islamik dan selamat yang wujud di Sepintar. Tarbiyah di Sepintar, tiada siapa yang mampu menafikannya. Solat berjemaah 5 waktu, bacaan mathurat pagi dan petang, bacaan quran selepas subuh dan kuliah maghrib setiap hari. Siapa yang tidak merinduinya? Beliau juga ada meninggalkan beberapa nasihat buat adik-adik di Sepintar.

"GUNAKAN MASA YG ADA UNTUK MELAKUKAN SEGALA PERKARA YG BERFAEDAH BAIK DARI SEGI AKADEMIK, PEMBANGUNAN SAHSIAH, SOSIAL, AGAMA DAN KELUARGA. LIFE-WORK BALANCE AMAT PENTING DAN IA BERMULA DI SEKOLAH, BERMULA DENGAN PEMBELAJARAN TIME MANAGEMENT, MONEY MANAGEMENT DAN ENERGY MANAGEMENT. USAHA YANG TERBAIK, DOA YANG TERBAIK, DAN BERTAWAKKAL-LAH INSHAALLAH AKAN DAPAT YANG TERBAIK."

Itulah serba sedikit kisah Pn.Hamidah atau lebih mesra dalam kalangan junior-junior Sepintar sebagai Kak Midah.

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: