#JEJAKALUMNI Minggu 3: Nadhirah Azizi (SPM04)

5/22/2015 02:44:00 pm 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang proses menjejaki kembali alumni-alumni Sepintar, diakui bahawa kerja menghubungi mereka bukanlah mudah. Hal ini kerana kebanyakan alumni Sepintar sibuk dengan kerjaya, keluarga dan kerja-kerja dakwah. Doktor, peguam, guru, jurutera, arkitek, dan banyak lagi bidang kerja yang diceburi alumni. Tidak dilupakan juga, ada yang memilih untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah. Sungguh hebat alumni Sepintar, sungguhpun keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah diambil, tetapi keputusan itu bukan untuk kepentingan diri sendiri malah adalah untuk kerja-kerja dakwah yang dilakukan. Ya, kerana hidup ini bukan untuk diri kita, tetapi hidup ini adalah semata kerana Allah. Tujuan manusia dicipta dimuka bumi ini adalah sebagai A'bid, dan Khalifah.

cuba sebut nama setiap orang dalam gambar ini
#JEJAKALUMNI minggu 3 akan bercerita mengenai salah seorang alumni Sepintar yang berada dalam gambar diatas. Seorang yang peramah, garang kadangkala dan yang penting tugasnya di Sepintar dulu adalah memastikan setiap makanan yang dihasilkan di dewan makan adalah bersih dan selamat dimakan oleh pelajar. Setiap masalah dan komplain pelajar mengenai makanan, pasti akan dilaporkan kepada beliau. Baiklah, sudah banyak klu yang diberikan. Siapakah gerangan beliau?

Ya betul! Minggu ini kita akan menyelusuri sedikit kisah hidup saudari Nadhirah Azizi. 

  • Nama penuh : Nadhirah Azizi 
  • Nama panggilan di Sepintar : Nadhi 
  • Asal : Bandar Baru Bangi, Selangor 
  • Tarikh lahir :  25/4/1987 
  • Tahun masuk Sepintar/ tahun meninggalkan sepintar : 2003/2004
  • Jawatan di Sepintar : Exco dewan makan 
  • Kelas/dorm/ rumah sukan  : 4JF/Hijau3/Hijau - 5JF/dormexco/Hijau 
  • Status : Berkahwin 
  • Kerja : Stay at home mom. 

Beliau mengatakan bahawa perkara yang paling bermakna buat beliau di Sepintar ialah tarbiah yang hidup subur di Sepintar. Beliau masih ingat ustaz Azam pernah berkata kadang kenangan paling bermakna adalah perkara yg paling simple. Kadang dlm masa 2 tahun di asrama yang paling diingati adalah nasihat supaya kita tidak tinggal solat dan solat awal waktu. Saudari Nadhirah kini aktif dengan kerja dakwah bersama satu badan bukan kerajaan (NGO) islam. Tidak pasti dimanakah titik permulaan tarbiah beliau, tetapi yang pasti Sepintar merupakan salah satu titik kesinambungan tarbiah dalam hidupnya. Seiring dengan Misi Sepintar iaitu "Menjana Muslim Bestari", wajarlah alumni semua tidak melupakan akan tanggungjawab seorang muslim. Semoga semua tidak leka akan dunia yang penuh dengan dugaan. 

saudari Nadhirah kini. Ibu kepada 2 putera

Setelah tamat SPM, beliau telah menyambung pengajiannya di Uniten dalam bidang Software Engineering. Setelah bekeja untuk seketika, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah menjaga dua cahaya mata beliau. Selain kerja dakwah, beliau juga ada membuat perniagaan kecil-kecilan di FB menjual jubah untuk mengisi masa lapang yang sedikit di rumah. Boleh layari page Hazirah Maison untuk melihat jubah-jubah yang cantik. Tidak hairanlah gambar saudari Nadhirah di atas ini sungguh cantik jubah yang dipakainya.

Beliau mengatakan bahawa perkara yang paling dirindui ketika zaman persekolahan adalah bersama dengan rakan sebatch, serumah, sedorm dan rakan sekelas 4/5 JF. Gambar yang diberikan beliau diatas pastinya adalah tanda rindunya terhadap rakan-rakan sekalian. 

Sedikit nasihat buat adik-adik di Sepintar dan akhir kata dari beliau buat semua, 

"Ingatlah selain ilmu didunia ini ilmu akhirat jgn dilupa. Pastikan hubungan kita dgn Allah sentiasa mantap. Hormati guru dan rakan. Moga sentiasa dlm redha Allah."

airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: