#JEJAKALUMNI Minggu 5: Fatiha Shuib (SPM08)

6/16/2015 09:45:00 am 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

#JEJAKALUMNI kembali lagi untuk minggu ke lima sebelum tibanya Ramadhan. Sebelum itu ingin saya bertanya ada sesiapa yang menonton rancangan "Assalamualaikum" di TVAlhijrah pada 2 Jun yang lalu?
Siapa sangka alumni sepintar masuk TV?
Tahukah anda, tetamu jemputan pada malam itu adalah seorang alumni Sepintar? Dan pasti pada awalnya tidak pasti siapakah alumni SEPINTAR yang ada dalam gambar diatas, tetapi apabila di zoom pada susuk kecil itu. MasyaAllah, beliau alumni Sepintar batch Spm2008 rupanya.

Adakah anda kenal dengan susuk kecil ini? 
Tidak hairanlah jika ramai yang tidak mengenali dan mengecam beliau. Hal ini kerana beliau bukanlah pelajar yang memegang jawatan penting di sekolah mahupun yang sering bercakap dikhalayak ramai. Sungguhpun begitu, sekembalinya beliau dari pengajiannya di bumi Jordan, beliau telah kembali dengan satu personaliti yang telah mengejutkan ramai orang terutamanya rakan satu batch beliau. 

InsyaAllah minggu ini alumni yang dipilih ialah seorang yang mempunyai susuk tubuh yang kecil, tetapi berjiwa besar. Beliau dijemput sebagai tetamu rancangan "Assalamualaikum" untuk menceritakan mengenai projek kemanusiaan terbaru beliau.  Siapa sangka seorang wanita yang berbadan kecil ini mampu merancang satu projek yang besar. InsyaAllah projek beliau ini akan dikongsi pada artikel seterusnya. 

Beliau yang disebutkan ialah saudari Nur Fatiha binti Shuib. Jom kenali beliau lebih dekat.

-          Nama penuh :  NUR FATIHA BINTI SHUIB
-          Nama panggilan di Sepintar :  FATIHA/PATEK
-          Asal  :  SHAH ALAM
-          Tarikh lahir : 11/12/1991
-          Tahun masuk sepintar/ tahun meninggalkan Sepintar : 2007/2008
-          Jawatan di sepintar : PELAJAR
-          Kelas/dorm/ rumah sukan : 5JM/ MERAH 5
-          Status :  BUJANG
-     Jawatan kerja/tempat kerja : FOUNDER & PROJECT MANAGER FATIHA SHUIB & FRIENDS

Setelah tamatnya SPM, beliau telah menyambung pengajiannya dalam bidang Pengajian Islam, Kewangan Islam dan Perbankan di Universiti Mu'tah, Jordan. Selain menjadi seorang pelajar universiti sepenuh masa di Jordan, beliau juga cukup aktif dalam melibatkan diri sebagai salah seorang aktivis dalam persatuan Hak Kemanusiaan. Maka semangat seorang aktivis "Human Right" itu telah menyebabkan beliau untuk merancang projek terbaru beliau ini. 



Apabila ditanya mengenai kenangan paling dirindui dan paling bermakna beliau di SEPINTAR, jawapan beliau sama dengan personaliti #JEJAKALUMNI minggu 1 dan 3 iaitu Biah solehah yang wujud di Sepintar. Beliau juga ada meninggalkan nasihat bagi adik-adik Sepintar

" Jadilah orang yang bermanfaat pada ummah" 

Semoga semangat beliau akan terus memberi inspirasi pada manusia yang lain.

Dan nantikan artikel berkenaan projek terbaru beliau di artikel akan datang. InsyaAllah.


airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: