#JEJAKALUMNI Minggu 6 : Hafiz Huzaine Hasmil (SPM05)

6/25/2015 09:09:00 am 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang mengedarkan surat jemputan #JEJAKALUMNI pada alumni-alumni, jarang sekali untuk mendapat balasan surat jemputan yang disertakan dengan gambar-gambar di SEPINTAR. Alumni yang terpilih pada minggu ini telah membalas surat jemputannya dengan bilangan gambar yang lebih dari yang dipinta. Mari kita tatapi gambar-gambar yang diberikan oleh beliau pada pihak AIRA.
5 Jannatul Firdau 2005
Bersempena apa agaknya?

Nostalgia yang disimpan rapi

Personaliti #JEJAKALUMNI minggu ini ialah pelajar yang segak memakai baju biru untuk gambar kelas 4 Jannatul Firdaus di atas. Beliau ialah saudara Hafiz Huzaine bin Hasmil. yang juga merupakan seorang Ketua Umum bagi sesi 04/05. Beliau juga lebih mesra dengan panggilan Pijai dalam kalangan rakan-rakan dan juga para guru di Sepintar.

-          Nama penuh  :  HAFIZ HUZAINE BIN HASMIL
-          Nama panggilan di Sepintar :  PIJAI
-          Asal : PETALING JAYA, SELANGOR
-          Tarikh lahir  : 11 OGOS 1987
-          Tahun masuk Sepintar/ tahun meninggalkan Sepintar : 2004 / 2005
-          Jawatan di Sepintar : KETUA UMUM
-          Kelas/dorm/ rumah sukan : 4JF5JF / DORM M4EXCOM2 / RUMAH MERAH
-          Status : Berkahwin
-          Jawatan kerja/tempat kerja : MONITORING ENGINEER / AIG

Sewaktu melanjutkan pengajian di Negara Matahari Terbit

Pijai dan anak sulungnya, Farish.

Beliau boleh dianggap yang paling senior dalam batchnya kerana sejarah beliau yang menghafaz AlQuran terlebih dahulu sebelum memasuki Sepintar. Masih lagi terngiang-ngiang komen dari salah seorang rakan sebatchnya, "KALAU YANG BACA SURAH PANJANG TU, PIJAI LA TU YANG JADI IMAM."  Itulah kelebihan yang dimiliki oleh bekas Ketua Umum ini sehingga cukup sinonim untuk difahami dari rentaknya sewaktu menjadi imam dahulu.

Ujarnya jujur, beliau amat merindui setiap masa yang dihabiskan bersama rakan-rakan dan cikgu-cikgu. Apabila telah tamatnya sesi persekolahan, masing-masing telah bertebaran mencari ilmu memandangkan masing-masing mempunyai hala tuju yang tersendiri maka menjadikan ruang yang agak terbatas untuk berkumpul bersama seperti dulu. Tambah beliau lagi, kenangan yang paling bermakna dan memberi kesan dalam tem[oh dua tahun beliau di Sepintar ialah apabila diberi kepercayaan menjadi Ketua Umum bersama gandingan EXCO yang hebat-hebat. "Pengalaman itu cukup bermakna dan memberi impak kepada siapa saya hari ini". 

Usai dari peperiksaan SPM 2005, beliau telah menyambung pengajian di dalam bidang Electric  and  Electronic Engineering di Universiti Selangor di bawah Tajaan MARA. Dan kemudian meneruskan pengajiannya ke Jepun iaitu di Shibaura Institute of Technology, Saitama Japan dalam bidang Electronik Information System.  

Untuk pengetahuan semua, beliau juga baru sahaja dikurniakan cahaya mata kedua. Tahniah diucapkan kepada beliau. Bersempena Hari Bapa yang baru sahaja lepas beberapa hari lalu, semoga beliau menjadi seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya serta berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang soleh. 

Nasihat beliau untuk adik-adik di SEPINTAR 

" Memandangkan SEPINTAR kearah Sekolah Bertaraf Ulul Albab, jadi insyallah adik-adik  nanti bakal tiada masalah dari segi suapan rohaniah.  Bagi saya bila baik dalamnya, insyallah begitulah juga luarannya. Cuma diharapkan adik2 tidak akan terkena kejutan budaya / culture shock kerana kehidupan dalam sekolah dan luar sekolah terlalu berbeza, kebebasan selalu membuatkan kita lalai. Jadi, berhati-hati lah." 


airasepintar

Portal AIRA adalah salah satu medium penyampaian maklumat berkaitan alumni dan segala aktiviti berkaitan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (AIRA). Mari bersama kita kembali menyumbang ke sekolah yang pernah membentuk kita sehingga siapa kita sekarang secara langsung mahu pun tidak langsung.

0 comments: